Friday, June 11, 2010

perjuangan melayu

"PERJUANGAN MELAYU".Pepatah kata diatas dikaitkan dengan perjuangan orang-orang melayu demi mempertahankan negara kita.Saya berbangga menjadi rakyat malaysia kerana mempunyai rakyat yang pelbagai kaum dan bertimbang rasa dan mempunyai rakyat yang berani menengakkan keadilan dan juga menjaga negara daripada dijajah.oleh itu,dendan adanya rakyat yang berkaliber dan adil menyebabkan negara kita merdeka daripada dijajah.
Justeru itu itu,kita haruslah menjaga keamanan negara kita daripada dijajah oleh penjajah yang tiada belas kasihan terhadap orang melayu.Justeru itu,orang melayu mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal agar negara terus aman dan damai.

BERITA HARIAN


CAPE TOWN: Sejak enam tahun lalu, Afrika Selatan mula menghitung setiap jam untuk membuat persiapan menjelang bermula sepak mula bersejarah Piala Dunia. Ramai rakyatnya yang bimbang negara itu tidak akan bersedia, dengan timbul cakap-cakap tahun lalu supaya kejohanan itu berpindah ke negara lain.
Tidak syak lagi, ia menjadi ujian persiapan, dengan kebimbangan terhadap jenayah, infrastruktur pengangkutan, penginapan dan kawalan keselamatan tetapi selepas enam tahun diberikan hak penganjuran buat kali pertama di bumi Afrika, Afrika Selatan semakin hampir memenuhi tanggungjawab.
Pasukan terakhir daripada 32 negara yang mengambil bahagian, sudah tiba menjelang perlawanan pembukaan hari ini dan berbilion peminat seluruh dunia sudah bersiap sedia untuk berpesta selama sebulan sambil menyokong dan menyaksikan bintang kegemaran mereka. Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter berkata, masanya sudah tiba untuk fokus dan merasai demam bola sepak. “Kami dapati kami berada dalam situasi yang sukar digambarkan. Lebih penting, kejohanan ini akan menjadi bukti bahawa Afrika Selatan dan benua Afrika mampu menganjurkan acara yang sebegini besar.” Tiga tahun selepas pusingan kelayakan yang membabitkan 204 negara, perlawanan pembukaan di antara tuan rumah dengan Mexico akan bermula di stadium berkapasiti 90,000 tempat duduk - Soccer City di Johannesburg. - AFP..diambil drp berita harian..klik di sini